Penyerahan duit tersebut telah dijalankan di balai bacaan. Sebelum penyerahan dilakukan, Cg. Siti Norlaila telah memberi sedikit taklimat berkaitan hala tuju dan cara mengurus bantuan yang diterima sebanyak RM200 tersebut. Beliau mengharapkan agar ibu bapa mengutamakan aspek fizikal iaitu pakaian anak-anak semasa bersekolah. Beliau mengharapkan juga, ibu bapa dapat menyediakan suasana belajar yang kondusif supaya membantu meningkatkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Bak kata ahli ulama, "miskinnya seseorang itu bukanlah dilihat dari segi harta. Tetapi miskinnya seseorang itu dilihat dari segi ilmunya."
Bagi murid-murid tahun 6, Cg. Mohamad Sharil juga membuka kaunter pembayaran Wang Kecemerlangan Tahun 6, sebanyak RM200. Hal yang demikian, membantu mana-mana ibu bapa yang telah menerima bantuan duit KWAPM yang ingin menjelaskan bayaran tersebut.
Kepada ibu bapa yang tidak dapat menghadirkan diri pada pagi ini, boleh datang ke pejabat untuk mengambil duit bantuan tersebut.
2 comments:
Terima kasih Cg Sharil.
Moga kita Sama2 dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Terima kasih kepada semua JK yang membantu melancarkan program penyerahan bantuan....