To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

TAHSIN AL-QURAN MINGGU 3, OGOS

Alhamdulillah. Hari majlis Tahsin Al-Quran telah sampai pada ayat yang 216 Surah Al-Baqarah. Bertepatan dengan bulan Ogos, rakyat Malaysia akan menyambung Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, dan disambung pula Hari Malaysia pada 16 September. 




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. [Al-Baqarah 2:216]

Dalam terjemahan ayat di atas beberapa pengajaran yang boleh diambil iktibar antaranya:

1. Pertama, peperangan dalam Islam sama ada untuk menentang pencerobohan atau sebagainya. Biasanya peperangan berlaku antara orang Islam melawan orang-orang kafir. Tetapi ada ketikanya peperangan berlaku antara orang Islam melawan orang-orang munafik. Dalam ayat ini, peperangan yang dimaksudkan lebih kepada peperangan antara orang Islam melawan orang kafir atau orang musyrikin. Kenapa Allah memperwajibkan berperang? Antara jawapannya adalah sebagai satu ujian dan cabaran untuk sampai ke syurga.

2. Kedua, dalam Islam, baik buruk sesuatu perkara itu bukannya dilihat pada zahirnya sahaja, tetapi ia juga hendaklah dipandu dengan ajaran agama. Kalau agama kata itu adalah baik, maka yakinlah bahawa itu adalah baik untuk dunia dan akhirat kita. Tetapi kalau agama kata itu tidak baik maka yakinlah bahawa itu adalah tidak baik untuk dunia dan akhirat kita bertepatan seperti di dalam firman Allah;


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [At-Taubah 9:24]

No comments:

 photo comment6copycopy.png