To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri. 


Tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.


Antara program yang akan mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia mulai Julai sehingga Oktober nanti termasuk program MERDEKA@komuniti, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Doa Untuk Malaysia, Kayuhan Sehati Sejiwa, Karnival Merdeka, Amanat Hari Kebangsaan, Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2016 dan Sambutan Hari Malaysia 2016.


Oleh hal demikian, penyeleras Program Sambutan Kemerdekaan Cg. Nor Azizan telah merancang beberapa aktiviti sepanjang meraikan bulan kemerdekaan SK (FELDA) Redong. Pada hari esok 16 Ogos 2016, warga sekolah akan berkumpul di tapak perhimpunan sekolah memakai baju tema merah untuk pelancaran program tersebut.

Bulan kemerdekaan, bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang diseluruh pelosok tanah air sahaja. Ataupun juga murid-murid di sekolah menghafal beberapa lagu dan lirik lagu sempena tema kemerdekaan saban tahun. Diharapkan program yang dirancang dapat memupuk penghayatan yang sebenarnya untuk menghargai bumi Malaysia merdeka yang tercinta. 

Akhirnya, segala dihajat berjalan dengan lancar serta mendapat redha Allah SWT. Insya`Allah. 


Bahan Dunia Seni Visual



1 comment:

Unknown said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
SALAM SEHATI SEJIWA
SALAM 1 MALAYSIA

 photo comment6copycopy.png