To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

PERTANDINGAN KOIR AMBANG KEMERDEKAAN

Pada hari ini, telah berlangsungnya Pertandingan Koir Ambang Kemerdekaan SK (FELDA) Redong. Seramai 10 buah pasukan mengikut kelas telah bertanding bagi merebut kejuaraan tahunan ini. 




Pada tahun ini, pertandingan telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Walaupun pada awal-awal pertandingan hujan renyai turut seketika, namun pertandingan dapat disambung semula. Setiap pasukan bebas memilih mana-mana lagu yang bertemakan kemerdekaan sama ada menggunakan muzik minus one ataupun iringan alatan perkusi.
1 ALFA

2 ALFA

3 ALFA
1 BETA

4 ALFA


Perserta pertandingan sungguh bersemangat sekali, tampil dengan menggayakan baju yang bertemakan Jalur Gemilang kebanggaan negara. Syabas, diucapkan kepada guru kelas serta guru muzik yang telah membimbing murid-murid menyediakan persembahan.


5 BETA

2 BETA

4 BETA

3 BETA

5 ALFA

Pengumuman keputusan pertandingan akan diumumkan semasa majlis penutup Bulan Kebangsaan pada 15 September akan datang. Banyak lagi acara yang akan diadakan sempena kemerdekaan selepas peperiksaan UPSR yang dijadualkan bermula 5 September. 


Hakim-hakim koir

Barisan pentadbir




Pertandingan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Pengajaran dan pembelajaran diteruskan semula pada pukul 9.00 pagi.





Terima kasih kepada semua warga Redong yang membantu menjayakan program di atas. 

No comments:

 photo comment6copycopy.png