To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

TAHSIN AL-QURAN MINGGU 2, OGOS

Alhamdulillah, pada hari Khamis sekali lagi majlis Tahsin Al-Quran dapat dijalankan seperti minggu-minggu sebelum ini. Semoga bacaan Al-Quran yang dibaca ini menjadi hujah dan teman untuk kita semasa di dalam alam kubur nanti. 



Majlis dimulakan dengan bacaan Asma Al Husna diikuti pimpinan bacaan Al-Quran Surah Al-Baqarah 211-215 oleh Ust. Amran. Terjemahan ayat pula dibaca oleh Cg. Badrol Hissam. Ayat pilihan yang boleh diambil ibrah pada minggu ini adalah melalui ayat;


"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."  

Semoga setiap daripada harta kepunyaan hendaklah dipastikan halalnya, bukan sahaja dari segi zahirnya bahkan dari segi cara dan bagaimana terhasilnya sesuatu harta yang dimiliki oleh kita. Yang halal telah jelas halalnya, yang haram telah jelas haramnya. Hendaklah kita sentiasa belanjakan harta yang dimilik oleh kita kepada mereka yang telah disebut seperti dalam ayat di atas. Setiap harta yang dimiliki oleh kita ada sedikit juga hak orang lain. Maka tinggalkan sifat kedekut dan tamak dalam diri kita, kerana setiap harta yang dimilki oleh kita pasti akan ditanya di mana, ke mana ianya dibelanjakan. 



Semoga dapat berjumpa lagi pada minggu hadapan. Insya`Allah

1 comment:

Unknown said...

Dengan berpegang kepada prinsip "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat" mudah-mudahan ianya akan bermanfaat dan menjadi amalan kita secara istiqamah...

 photo comment6copycopy.png