To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

HARI SUKAN SK (FELDA) REDONG KALI KE 25

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah kerana memberikan nikmat yang tidak terhitung kepada seluruh manusia kerana diberikan cuaca yang sangat baik pada hari ini untuk kami menyempurnakan hari sukan sekolah. Kepada Allah jualah tempat kami meminta dan bertawakal dalam perjalanan sebagai hamba mensyukuri nikmat Ilahi di dunia ini.



Akhirnya, tamat sudah kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Setelah hampir sebulan warga sekolah berhempas pulas menyediakan persiapan untuk menjayakan sukan kali ke 25. Bermula dengan kejohanan merentas desa, dikuti pula dengan acara sukantara dan acara akhir padang semua murid telah menyertai setiap aktiviti yang dijalankan sebagai mana slogan 1 Murid 1 Sukan. 




Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh Tn. Hj. Elham bin Soheh wakil kepada YB Anuar bin Manap selaku Ahli Parlimen Sekijang. Beliau telah menerima lintas hormat daripada pasukan rumah sukan yang bertemakan Wira Animasi iaitu Boboiboy Air oleh rumah Biru, Thor oleh rumah Merah, Hulk oleh rumah Hijau dan Bumblebee oleh rumah Kuning.






Aktiviti seterusnya ialah bacaan ikrar kejohanan oleh Muhammad Sharafuddin bin Norzli dan diikuti oleh ucapan Guru Besar dan perasmi. Pada kejohanan kali ini, julung-julung kalinya murid-murid telah memberikan persembahan Senaman Berirama yang dilatih oleh Cg. Badrol khas untuk para penonton yang hadir. 








Acara bermula dengan 80 meter akhir murid tahun 1-3 diikuti 100 meter akhir murid tahun 4-6. Ibu bapa membanjiri di bahagian tepi balapan untuk menyaksikan serta memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka yang memasuki acara. Acara balapan diakhiri dengan acara 4x100 meter.



Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG yang aktif bersama-sama menjadi pegawai sukan untuk menjayakan sekali lagi sukan pada tahun ini. Pihak PIBG sekolah turut ditugaskan untuk mengadakan aktiviti sukaneka untuk para ibu bapa yang hadir. 





Acara perbarisan dan khemah terbaik pada tahun ini digondol oleh rumah Kuning. Bukan itu sahaja, maskot terbaik juga disapu bersih oleh rumah Kuning. Pemilihan tema rumah sukan pada 2016 disambut baik oleh rumah sukan. Setiap rumah sukan telah memberikan persembahan yang terbaik untuk rumah mereka. Diharapkan pada tahun hadapan komitmen yang tinggi ini diberikan dan diteruskan lagi berdasarkan tema yang lain pula.






Muhammad Aqil Iman bin Ismail dari rumah Merah telah dipilih sebagai olahragawan sekolah manakala Rabiatul Adawiyiah binti Rosman dari rumah Hijau diangkat sebagai olahragawati sekolah. Bagi olahragawan dan olahragawati harapan sekolah pula disandang oleh Mohammad Azim Safwan bin Mohd Faudzi dari rumah Biru dan Nuramira Syafiqah binti Ajeman dari rumah Hijau. 

Juara rumah sukan pada tahun ini kembali semula kepada rumah Merah. Naib Johan pula rumah Biru satu mata melebihi rumah Hijau yang berada di tangga ketiga. Rumah Kuning Juara 2015 pula jatuh ke tempat keempat.



Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan mereka yang telah menjayakan sukan pada tahun ini. 


"Muafakat membawa berkat"

3 comments:

cekguzan said...

Tahniah...hebat sekali

cekguzan said...

Tahniah...hebat sekali

bad said...

Sukan Menyatukan...

 photo comment6copycopy.png