To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI
Showing posts with label Bahasa Inggeris. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Inggeris. Show all posts

BEDAH BUKU "YELLOW BOOK" & TEKNIK MENJAWAB BAHASA INGGERIS UPSR

Alhamdulillah...dgn izin Allah,pd pagi 25 Mei 2017, SK (Felda) Redong telah mengadakan bengkel bedah buku Yellow Book. Seminar yang bermula seawal pukul 8.45 pagi itu telah dibawa oleh penceramah yang juga merupakan pengarang buku Yellow Book tersebut, Puan Hajah Norhaizan Mahussin. 


      Beliau merupakan  seorang Guru Besar di SK Palong Timur 2 dan berasal dari Temerloh, Pahang. Seminar ini telah diadakan di Dewan Sri Permata SK Felda Redong dan disertai oleh 39 orang calon UPSR 2017. Disamping itu, 5 orang guru Bahasa Inggeris sekolah ini juga tidak melepaskan peluang untuk bersam-sama dalam bengkel ini bagi menimba pengetahuan beliau mengenai tips-tips kecemerlangan UPSR khususnya dalam subjek Bahasa Inggeris.


         Sepanjang program ini berlangsung, semua murid kelihatan bersemangat mendengar penerangan dan mempelajari cara menggunakan Yellow Book tersebut untuk mengarang esei yang baik dengan penuh minat. Murid ditekankan dengan kaedah menulis ayat mudah dan teknik balloon dalam merangka penulisan karangan bagi esei berpandu Bahasa Inggeris. 


       Sepanjang 2 sesi program, banyak input baru yang ditimba dari bengkel beliau. Selain sumbangan ilmu serta buku koleksi peribadi, Puan Hajah Norhaizan juga telah bermurah hati menyumbang sedikit sumbangan peribadi berupa dua buah picture dictionary bagi kegunaan murid sekolah ini untuk memantapkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris mereka.


     Bengkel yang berakhir pada pukul 1.15 tengah h
ari ini telah diakhiri dengan sedikit penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Puan penceramah sebagai tanda menghargai perkongsian beliau.





TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS

On last Saturday, 13th August 2016, SK (FELDA) Redong had organised Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR 2016. The course was completed by Madam Merryza binti Ibrahim @ Zakaria from SK Batu Anam. A total of 52 pupils (including 4 pupils of SK Felda Kemelah) attended the course, which was carried out from 8:30 a.m. to 12:30 p.m.


The pupils were then divided into 4 groups and put under 4 facilitators, namely Madam Saidah Nafisah binti Sadini, Madam Rahmawati binti Osman, Madam Masdianilavati binti Mohd Jumari and Mr Norhanizan bin Md Noh. This session lasted for 2 hours, from 2:00 p.m. until 4:00 p.m.

ENGLISH FOR YOU

Pada pagi Jumaat, 12 Ogos 2016, sebuah program English For You telah dianjurkan oleh Duta Universiti Kementerian Pengajian Tinggi UiTM  Cawangan Johor dengan kerjasama ahli Kelab Debat & Pidato serta Kelab Sahabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Segamat.