To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

BATERI UJIAN SEGAK


Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun WAJIB menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam panduan ini.

2. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.

3. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.

4. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada HARI YANG SAMA. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.

5. Murid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.

6. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:
  • 6.1 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI);
  • 6.2 Naik Turun Bangku 3 minit;
  • 6.3 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan;
  • 6.4 Ringkuk Tubi Separa; dan
  • 6.5 Jangkauan Melunjur.

7. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat SEBELUM melakukan ujian-ujian lain.

8. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut TURUTAN SECARA BERTERUSAN oleh murid yang sama seperti turutan dalam Ilustrasi 1.

9. SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.

10. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.

11. Bagi murid berkeperluan khas TIDAK perlu menjalani ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.





















No comments:

 photo comment6copycopy.png