Hari Pekerja, 1 Mei ramai yang sedang bercuti terutamanya bagi negeri-negeri yang bekerja Isnin hingga Jumaat dapat bercuti 3 hari bersambung. Admin mendoakan kepada semua pekerja sama ada kakitangan awam dan swasta diseluruh negara sihat sejahtera bercuti di samping keluarga tercinta. Dalam diam, kita telah masuk dalam bulan Mei bersamaan 4 Syaaban. Berlalunya Rejab dan masuk Syaaban menandakan kita akan berjumpa bulan Ramadan tidak lama lagi.
Dalam bulan Mei, tidak lupa juga adanya Hari Guru. Hari Guru merupakan majlis wajib yang diadakan di SKFR. Untuk tahun ini tema hari guru seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malasyia masih mengekalkan tema yang lama iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa".
Kepada jawatankuasa KEBIRU SKFR mungkin telah juga menetapkan tema sambutan hari guru untuk tahun ini. Admin mengharapkan agar pemilihan tema tersebut tidaklah berlebih-lebihan, menjaga imej guru dan tidak membazir wang dari segi penyediaan tema tersebut. Bersederhana itu lebih dekat dengan tuntutan agama.
Apa yang diharapkan ialah guru-guru seluruh negara secara amnya, guru SKFR secara khususnya dapat meningkatkan prestasi kerja sesuai dengan dunia pendidikan yang semakin mencabar. Untuk itu admin kongsikan di sini gambar warga SKFR terbaru yang diambil pada penghujung bulan April yang lalu.
Layari FrogVle untuk menulis ucapan dan membuat undian guru-guru SKFR.
Selamat mencuba.. !
https://jba7035.1bestarinet.net/20136ffb076380ce5d9f84305a4c5494
No comments: