To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

KEM MATEMATIK BERMULA

Langsung dari sekolah. Tepat jam 2.20 petang, peserta kem matematik telah mendaftarkan diri. Cg. Saidah Nafisah telah bertugas di bahagian pendaftran manakala Ustz. Najmiah, Cikgu Azizan dan Cikgu menyediakan minum petang. Barisan fasilitator juga mula tiba dengan penuh bersemangat





Slot 1 pada petang ini akan dijalankan sehinga pukul 5.00 petang


Kehadiran murid 6 Beta 26/26 orang manakala 6 Alfa 21/23 orang sahaja. Sesiapa yang berusaha dia berjaya. Insya`Allah.


Hari kedua bermula solat berjemaah di dalam Dewan Sri Permata. Ust. Mohd Giman dan Ust. Fauzi telah membantu menguruskan perjalanan peserta seawal pukul 5.00 pagi.



Guru-guru dan ibu bapa menyiapkan sarapan pagi untuk para peserta selepas aktiviti senaman pagi.


Cg. Badrol fasilitator untuk kumpulan 3 yang dijalankan di balai bacaan. Murid diberikan soalan-soalan khusus yang telah disediakan dalam setiap fail peserta untuk diselesaikan oleh murid.


 Kumpulan 1 di ambil oleh Cg. Noralazmi. Sesi bengkel dijalankan di kelas 5 Beta.

Kumpulan 2 pula diberi kepada Pn. Hjh. Faridah yang juga selaku Penolong Kanan Pentadbiran membantu guru-guru Matematik tahun 6.

Panatia Matematik SK (FELDA) Redong merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru di sekolah ini yang bersama-sama menjayakan program pada kali ini. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa tahun 6 yang menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk membantu anak-anak Redong mencapai kecemerlangan. Semoga jasa baik anda semua dibalas oleh Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Insy`Allah. Amin





No comments:

 photo comment6copycopy.png