To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

LDP 1GovUC & HRMIS (PENGISTIHARAAN HARTA)

Pada hari ini guru-guru SK (FELDA) Redong telah mengikuti dua latihan dalam perkhidmatan.

Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ust. Amran bin Ab Shukor selaku Guru Besar yang telah menerangkan serba sedikit tentang perkongsian akhbar berkaitan guru sejak kebelakangan ini. 




Seterusnya, Cg. Syafiq telah membuat perkongsian berkaitan 1GovUC seperti mana beliau telah menerima taklimat pada minggu lepas di SMK Agama Segamat. 



Akan ada taklimat susulan berkaitan 1GovUC selepas Cg. Syafiq mengikuti beberapa siri kursus yang akan dijalankan pada bulan Ogos ini. Setakat ini, hanya pihak pentadbir sekolah, ketua kerani dan guru media diwajibkan mengaktifkan akaun 1GovUC.



Bengkel kedua adalah berkaitan dengan Pengistiharaan Harta melalui pangkalan data HRMIS 1 https://hrmisone.eghrmis.gov.my/. Bengkel pengisian data maklumat peribadi guru ini telah disampaikan oleh En. Zulkifli dan dibantu juga oleh Cg. Syafiq. Guru Besar telah menetapkan bahawa tarikh akhir pengisian data oleh guru-guru pada 25 Ogos 2016. 

No comments:

 photo comment6copycopy.png