To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

PELANCARAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Selasa, 16 Ogos 2016. Seluruh warga SK (FELDA) Redong telah berkumpul bersama-sama di tapak perhimpunan sekolah bagi menyempurnakan pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa untuk mendapat keberkatan Ilahi oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Giman bin Ibrahim.





Pelancaran program disusuli dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang sambil bendera Malaysia dikibarkan oleh semua murid. Tidak ketinggalan juga, persembahan koir daripada murid tahun 3 Beta menyemarakkan lagi suasana perhimpunan pagi ini. 

Selepas nyanyian koir, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Ust. Amran bin Ab Shukor Guru Besar SK (FELDA) Redong. Dalam majlis yang sama Guru Besar juga telah memperkenalkan kepada murid-murid guru baharu iaitu Cg. Nur Awanis binti Mohd Zulkifli. Cg. Awanis juga tidak ketinggalan untuk berucapa sepatah dua kata untuk memperkenalkan diri. Tahniah diucapkan kepada Cg. Awanis kerena telah ditempatkan di sini.




Guru Besar mengharapkan agar murid-murid dapat menghayati kemerdekaan negara kita dan perlu sentiasa bersyukur kerana menjadi warganegara Malaysia yang hidup aman damai walaupun berbeza bangsa, kaum dan agama. Keamanan yang dikecapi ini perlu dipertahankan oleh murid-murid supaya negara kita bebas dan terhindar daripada anasir-anasir jahat untuk memusnahkan negara kita. Guru Besar turut mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga kehormatan Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan Malaysia dengan memberi contoh bahawa bendera tersebut tidak boleh diletakkan di bawah sehingga mencecah ke tanah. Maka ini menjadi tanggungjawab murid untuk memastikan bahawa tidak berlaku seperti yang digambarkan oleh Tuan Guru Besar.


Akhirnya, Guru Besar telah merasmikan pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah dan disusuli dengan persembahan gimik Sehati Sejiwa yang telah disediakan oleh Cg. Nor Azizan. Beberapa aktiviti telah dirancangkan sepanjang bulan kemerdekaan sehingga 16 September 2016. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan mewarna, pertandingan koir lagu patriotik, dan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan bagi mewarnai sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah pada tahun ini.

Sebelum bersurai warga sekolah telah menyanyikan lagu tema 'Sehati Sejiwa' dan lagu bangsa Johor.


Lirik Lagu Tema Merdeka 2016: Sehati Sejiwa

Demi ……tanah yang bertuah 

Taman….. cinta merdeka ..aaa

Kasih …di hatiku ini 

Untukmu ….tanah pertiwi …iii


Dari …..utara selatan

Juga….. timur ke barat

Turut gagah ….Sabah Serawak

Se….hati Sejiwa


Chorus

Ku dengar janjimu

Bayu Kinabalu

Ku dengar sumpahmu

Rejang yang membiru

Bersatu denganku

Tegap Titiwangsa
Malaysia Sehati sejiwa

Bridge 

Laut luas terbentang 

Bukan satu halangan 

Untuk kita bersama 

Melafaz janji setia

Demi mu Malaysia

Cinta kasih di jiwa
Tidak akan kami khianatinya…..


Chorus

Walaupun berbeza 

Budaya Agama 

Bukanlah penghalang

Kita bergandingan 

Marilah bersatu

Sehati sejiwa


Malaysia Kekal Sejahtera … Korus Iban Kadazan…

(Mi i so ginavo) kadazan

(Kitai Dekak Mujur) iban

( mi i so ginavo)kadazan

(Ngetan Ke Menua) iban

(Mi i soginavo) kadazan 

(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa

1 comment:

 photo comment6copycopy.png