To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

Satu perjumpaan ibu bapa dan murid telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula pada pukul 11.15 pagi selepas calon-calon UPSR 2016 menduduki ujian Gerak Gempur Sains di Dewan Sri Permata. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd Giman bin Ibrahim. Selepas bacaan doa, Tuan Guru Besar telah memberikan taklimat kepada ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah kehadiran ibu bapa dalam majlis kali ini seramai 47/49 orang.







Dalam majlis ini juga, Cg. Rahmahwati binti Osman selaku Setiausaha Peperiksaan UPSR sempat memberikan taklimat kepada calon-calon serta ibu bapa berkaitan dengan jadual peperiksaan UPSR. Ibu bapa juga diminta untuk mengesahkan dan menandatangani slip peperiksaan UPSR yang terbaru.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk, menerangkan program yang akan diadakan 2 minggu yang akan datang sempena menjelangnya hari UPSR yang sebenar. Di samping itu, Guru Besar turut membentangkan dapatan-dapatan daripada Ujian UPPM1 hingga Ujian Gerak Gempur. 

Majlis berakhir pada pukul 1.10 petang.

Catatan :

1. Program Pecutan Akhir selama 2 minggu selama 9 hari. Ibu bapa perlu menghantar makanan pada waktu tengahari dan pada waktu petang.

2. Solat hajat bulan Ogos diadakan pada 25 haribulan nanti bertempat di dewan Sri Permata SK (FELDA) Redong.

3. Majlis restu UPSR diadakan pada 1 September 2016, pada pukul 10.00 pagi dan disusuli pada sebelah petangnya Solat Hajat Perdana di Masjid Nurul Falah Felda Redong.

No comments:

 photo comment6copycopy.png