To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

GOTONG-ROYONG MERUNTUHKAN GARAJ USANG DAN PONDOK

Seperti mana yang telah dirancangkan, AJK PIBG SK (FELDA) Redong telah bersama-sama pada hari ini untuk meruntuhkan 5 baris garaj yang telah usang. Ahli AJK PIBG telah hadir sewal jam 8.00 pagi untuk memulakan kerja-kerja tersebut.






Selann itu, sebuah pondok maklumat yang betul-betul berada di hadapan dataran juga telah diruntuhkan. Hal ini adalah bertujuan kerana pihak sekolah akan membuat landskap yang baharu untuk menambahkan lagi keceriaan sekolah. Dua batang pokok besar dan 2 batang pokok sawit di hadapan sekolah juga akan ditebang pada gotong-royong kali kedua September nanti. 



Oleh hal demikian, murid-murid diingatkan supaya tidak bermain-main di kawasan timbunan kayu berhampiran garaj kerana boleh mendatangkan kecederaan. 

Kerja-kerja di atas telah berjaya disiapkan pada pukul 11.15 pagi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli AJK PIBG yang hadir pada hari. Semoga jasa baik anda, dibalas Allah SWT dengan kebaikan yang lain. Amin

Info : Gotong-royong perdana PIBG akan diadakan pada Ahad, 18 September 2016. 

2 comments:

bad said...

Datang ramai2..berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..

Unknown said...

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan program gotong royong membuka dan merobohkan garaj serta pondok bacaan... Kerja-kerja pembinaan semula garaj akan dilaksanakan setelah peroses penebangan pokok kelapa sawit dan pokok besar di hadapan sekolah selesai..

 photo comment6copycopy.png