AKtiviti ini merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam DSKP mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi tahun 5. Murid-murid didedahkan dengan cara-cara penyediaan makanan sehingga untuk hidangan.
Cg. Harits memberi tunjuk ajar cara membuat lempeng supaya nipis
Walaupun sebenarnya, mata pelajaran ini hanya 2 waktu sahaja seminggu namun kerjasama murid 5 Beta dalam kumpulan agar dapat menyediakan persembahan yang terbaik daripada mereka amat membanggakan.
Guru-guru sedang merasa makanan murid...
Diharapkan aktiviti "Hands On" seperti ini dilaksanakan lagi supaya dapat menukar landskap penyampaian pdp agar lebih menarik. Usah jadikan bilik darjah terhad hanya tempat sumber mendapatkan ilmu sahaja. Dunia pembelajaran murid itu sebenarnya luas dan tidak hanya berfokuskan peperiksaan sahaja.
Tahniah Cg. Harits dan murid-murid 5 Beta.
2 comments:
Terbaik Harits...
Inilah salah satu aktiviti bentuk kelas Abad 21... Tahniah...