To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

ENGLISH FOR YOU

Pada pagi Jumaat, 12 Ogos 2016, sebuah program English For You telah dianjurkan oleh Duta Universiti Kementerian Pengajian Tinggi UiTM  Cawangan Johor dengan kerjasama ahli Kelab Debat & Pidato serta Kelab Sahabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Segamat. 





Program yang melibatkan seramai 14 fasilitator bermula 8.00 pagi sehingga 5.30 petang ini telah mendapat kerjasama dari Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan (Felda) Redong. Program ini mensasarkan kesemua 49 murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR  pada September tahun ini. Kehadiran murid 6 Beta adalah 26/26 manakala seorang murid dari kelas 6 Alfa gagal hadir menyebabkan kehadiran hanya 22/23. 



Kem ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi para peserta dalam pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi di samping bahasa ibunda. Beberapa aktiviti menarik telah diadakan bagi mencapai tujuan ini.

Aktiviti pertama ialah 'Ice breaking' di mana para peserta dikehendaki untuk memperkenalkan kumpulan mereka dengan menyanyikan lagu tema. Berdasarkan pemerhatian, peserta secara amnya kelihatan kekok untuk menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor kurang keyakinan diri untuk bercakap dalam bahasa Inggeris dan kekurangan kosa kata. Walau bagaimanapun, peserta berjaya memperkenalkan kumpulan masing-masing menggunakan lagu dan 'cheers' yg sesuai. 

Seterusnya untuk sesi kedua,para pelajar mendapat pendedahan mengenai cara-cara untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris berdasarkan format terbaharu UPSR Bahasa Inggeris 2016. Mereka diberi latihan berkumpulan dan perbincangan telah dilakukan bersama fasilitator kumpulan masing-masing. Semua murid serta fasilitator berhenti untuk rehat, makan tengahari dan solat Jumaat pada pukul 12 tengahari sehingga pukul 2.30 petang. 

Aktiviti petang disambung dengan aktiviti berkumpulan 'My Dream Island'. Para pelajar diminta merangka dan merancang pembangunan pulau yang mereka idamkan seandainya mereka diberi peluang untuk memiliki sebuah pulau. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang pemikiran kreatif murid disamping melatih kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris para pelajar. Setiap kumpulan perlu tampil kehadapan dan menerangkan setiap detail  dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Para pelajar kelihatan sangat bersemangat dan mampu bertutur dengan baik dan memuaskan. Walaupun penguasaan Bahasa Inggeris sebahagian murid-murid ini masih lemah, usaha yang ditunjukkan untuk menghafal serta menerangkan pembangunan pulau masing-masing dapat disifatkan sebagai sangat baik. 

Pada jam 4.30 petang, majlis penutup telah diadakan di Dewan Sri Permata SK (Felda) Redong. Majlis ini turut dihadiri staff pengiring dan dua orang wakil dari sekolah iaitu Encik Norhanizan Md Noh dan Puan Saidah Nafisah Sadini. Pihak penganjur dan pihak sekolah telah bertukar-tukar cenderamata dan akhirnya, pihak UiTm telah menutup rasmi program pada pukul 5.00 petang.





Sebelum minum petang dan bersurai, para peserta program telah mengambil gambar sebagai kenang-kenangan bersama fasilitator dihadapan bangunan sekolah. Adalah diharapkan kem ini berjaya mencapai tujuannya dan boleh diteruskan pada masa hadapan. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kem ini. 

Semoga Allah membalas budi baik kalian dengan sebaik-baik balasan.

1 comment:

Unknown said...

Tahniah Panitia BI dan AJK program English For You dan Teknik Menjawab BI.
Redong Pasti Hebat...

 photo comment6copycopy.png