To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

PERTANDINGAN KOIR AMBANG KEMERDEKAAN

Pada hari ini, telah berlangsungnya Pertandingan Koir Ambang Kemerdekaan SK (FELDA) Redong. Seramai 10 buah pasukan mengikut kelas telah bertanding bagi merebut kejuaraan tahunan ini. 



MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

Satu perjumpaan ibu bapa dan murid telah diadakan pada hari ini. Majlis bermula pada pukul 11.15 pagi selepas calon-calon UPSR 2016 menduduki ujian Gerak Gempur Sains di Dewan Sri Permata. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd Giman bin Ibrahim. Selepas bacaan doa, Tuan Guru Besar telah memberikan taklimat kepada ibu bapa yang hadir. Alhamdulillah kehadiran ibu bapa dalam majlis kali ini seramai 47/49 orang.


TAHSIN AL-QURAN MINGGU 3, OGOS

Alhamdulillah. Hari majlis Tahsin Al-Quran telah sampai pada ayat yang 216 Surah Al-Baqarah. Bertepatan dengan bulan Ogos, rakyat Malaysia akan menyambung Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, dan disambung pula Hari Malaysia pada 16 September. 


PELANCARAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Selasa, 16 Ogos 2016. Seluruh warga SK (FELDA) Redong telah berkumpul bersama-sama di tapak perhimpunan sekolah bagi menyempurnakan pelancaran Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa untuk mendapat keberkatan Ilahi oleh Al-Fadhil Ust. Mohd Giman bin Ibrahim.



MALAYSIA SEHATI SEJIWA

Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan sebagai tema sambutan pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri. 


Tema berkenaan mampu meningkatkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia berdasarkan kepada penerimaan dan penglibatan rakyat dalam program-program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Tema, logo dan lagu sambutan juga masih dikekalkan untuk tahun ini dan turut dikekalkan adalah penggunaan nama 'Hari Kebangsaan' sebagai panggilan rasmi dengan tidak menyebut bilangan ulang tahun sambutan.

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS

On last Saturday, 13th August 2016, SK (FELDA) Redong had organised Teknik Menjawab Bahasa Inggeris UPSR 2016. The course was completed by Madam Merryza binti Ibrahim @ Zakaria from SK Batu Anam. A total of 52 pupils (including 4 pupils of SK Felda Kemelah) attended the course, which was carried out from 8:30 a.m. to 12:30 p.m.


The pupils were then divided into 4 groups and put under 4 facilitators, namely Madam Saidah Nafisah binti Sadini, Madam Rahmawati binti Osman, Madam Masdianilavati binti Mohd Jumari and Mr Norhanizan bin Md Noh. This session lasted for 2 hours, from 2:00 p.m. until 4:00 p.m.

ENGLISH FOR YOU

Pada pagi Jumaat, 12 Ogos 2016, sebuah program English For You telah dianjurkan oleh Duta Universiti Kementerian Pengajian Tinggi UiTM  Cawangan Johor dengan kerjasama ahli Kelab Debat & Pidato serta Kelab Sahabat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Segamat. 

GOTONG-ROYONG MERUNTUHKAN GARAJ USANG DAN PONDOK

Seperti mana yang telah dirancangkan, AJK PIBG SK (FELDA) Redong telah bersama-sama pada hari ini untuk meruntuhkan 5 baris garaj yang telah usang. Ahli AJK PIBG telah hadir sewal jam 8.00 pagi untuk memulakan kerja-kerja tersebut.



NOTA MATEMATIK UPSR

Di sini Panatia Matematik ingin kongsikan beberapa nota ulangkaji khususnya kepada murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga sisipan nota ini dapat membantu mereka mudah memahami beberapa rumus dan teknik menggunakan unit dalam matematik.



SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI Cg. NAZLI & Cg. ZAINON


Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَ Ø´َرِيكَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَ Ø´َرِيكَ Ù„َÙƒَ


Labbaik Allahumma labbaik. Labbaik laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni’mata laka wal mulk laa syarika lak (Aku penuhi panggilan-Mu, ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku penuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan bagi-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu).


KELAS REKA BENTUK & TEKNOLOGI 5 BETA

AKtiviti ini merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam DSKP mata pelajaran Reka Bentuk & Teknologi tahun 5. Murid-murid didedahkan dengan cara-cara penyediaan makanan sehingga untuk hidangan. 

Cg. Harits memberi tunjuk ajar cara membuat lempeng supaya nipis

PENYERAHAN DUIT KWAPM

Pada hari ini Unit HEM SK (FELDA) Redong yang diketuai oleh Pn. Siti Norlaila telah membuat penyerahan duit KWAMP http://www.moe.gov.my/my/kwapm untuk 67 orang murid bagi tahun 2016. Majlis bermula pada pukul 10.15 pagi selepas waktu rehat.



TAHSIN AL-QURAN MINGGU 2, OGOS

Alhamdulillah, pada hari Khamis sekali lagi majlis Tahsin Al-Quran dapat dijalankan seperti minggu-minggu sebelum ini. Semoga bacaan Al-Quran yang dibaca ini menjadi hujah dan teman untuk kita semasa di dalam alam kubur nanti. 


MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2 2016/2017

Pada hari suatu mesyuarat PIBG kali ke-2 telah bertempat di Bilik Gerakan SK (FELDA) Redong. Majlis dipengerusikan oleh En. Osman bin Ghani selaku Naib Yang Dipetua PIBG SK (FELDA) Redong. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Amran bin Ab Shukor Guru Besar SK (FELDA) Redong.



LDP 1GovUC & HRMIS (PENGISTIHARAAN HARTA)

Pada hari ini guru-guru SK (FELDA) Redong telah mengikuti dua latihan dalam perkhidmatan.

Taklimat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ust. Amran bin Ab Shukor selaku Guru Besar yang telah menerangkan serba sedikit tentang perkongsian akhbar berkaitan guru sejak kebelakangan ini. 



SARINGAN LINUS 2.0



Cg. Rahmahwati sedang tekun melaksanakan Saringan 2 untuk kelas 1 Beta. Tahniah diucapkan.

SARINGAN LINUS 2.0 OGOS


Pada hari ini telah bermula saringan LINUS Bahasa Melayu bagi membaca dan lisan. Saringan kedua ini berlangsung dalam tempoh masa 1 hingga 30 Ogos. Tahniah kepada guru-guru Bahasa Melayu yang telah memulakan saringan untuk murid-murid.

SIMPULAN BAHASA

Senarai contoh Simpulan Bahasa berserta sekali dengan maksudnya. Boleh print dan tampal atau dijadikan kad imbasan semasa mengajar.

PERIBAHASA BERGAMBAR

Peribahasa bergambar ini sesuai untuk murid tahap 2. Biasanya soalan berkaitan peribahasa dalam kertas Bahasa Melayu Pemahaman Bahagian B.

KOLEKSI PERIBAHASA UNTUK TAHAP 2

Himpunan Peribahasa mudah yang boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam kelas



KEM MATEMATIK BERMULA

Langsung dari sekolah. Tepat jam 2.20 petang, peserta kem matematik telah mendaftarkan diri. Cg. Saidah Nafisah telah bertugas di bahagian pendaftran manakala Ustz. Najmiah, Cikgu Azizan dan Cikgu menyediakan minum petang. Barisan fasilitator juga mula tiba dengan penuh bersemangat


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Pada tahun ini, dua orang guru Redong telah dipilih menjadi tetamu Allah iaitu Cg. Mohd Nazli bin A. Bakar dan isterinya Cg. Zainon binti Arshad. Kami warga KEBIRU Redong mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka berdua sihat melaksanakan semua rukun-rukun haji serta mendapat keampunan dan haji yang mabrur. Amin.

MARHABAN KEBIRU

Program Marhaban KEBIRU pada tahun ini telah menutup tirai. Akhir Syawal 1437 Hijrah, Ust. Mohd Giman bin Ibrahim sekali lagi pada tahun ini telah menjemput KEBIRU Redong pada Rabu, 3 Julai yang lalu untuk ke rumah beliau. Terima kasih diucapkan atas jemputan dan layanan yang telah diberikan. Semoga dimurahkan lagi rezeki. Amin. Insya`Allah

CALON-CALON UPSR 2016 SK (FELDA) REDONG

Pada tahun ini seramai 49 orang calon UPSR SK (FELDA) Redong akan menduduki peperiksaan. Diharapkan kejayaan akan diperoleh hasil usaha dan penat lelah yang disumbangkan selama ini.


Kelas 6 Alfa
Guru Kelas : Pn. Masdianilavati binti Jumari


Kelas 6 Beta
Guru Kelas : En. Mohamad Sharil bin Baharom

Gambar diambil bersama guru-guru mata pelajaran yang mengajar subjek teras. Gambar dirakamkan selepas Program Tahsin Al-Quran.

KEM KECEMERLANGAN MATEMATIK ANJURAN PANATIA MATEMATIK

Panatia Matematik SK (FELDA) Redong akan mengadakan Kem Kecemerlangan Matematik pada;

Hari  : Jumaat dan Sabtu

Masa : 2 hari 1 malam
Tempat : Sekolah

Kem ini diadakan bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid-murid dalam menjawab soalan matematik. Diharapkan program yang akan diadakan ini berjalan dengan lancar serta mendapat keberkatan Ilahi. Insya`Allah.