To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

PERTANDINGAN MEMASAK TAHUN 6 ; SPAGHETTI

Pertandingan memasak ini merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti selepas UPSR untuk murid tahun 6. Pada tahun ini, menu masakan berubah dari menu tempatan kepada makanan ala barat. Pemilihan menu Spaghetti pada tahun ini disambut baik dari kalangan murid dan guru. Lapan buah kumpulan telah memasuki pertandingan ini. Pertandingan dijalankan di koridor bangunan belakang bersebelahan dengan gelanggang bola tampar. Sebelum pertandingan bermula Cg. Sharil memberikan sedikit taklimat pengurusan dan pertandingan kepada semua kumpulan. Pertandingan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Rata-rata semua kumpulan dapat menyiapkan segala menu berdasarkan masa yang ditetapkan.















Setiap kumpulan bebas menggunakan bahan mengikut kreativiti masing-masing. Bahan-bahan mentah dan peralatan memasak dibawa sendiri oleh murid dari rumah. Tiga hadiah disediakan kepada pemenang pertandingan. Pemenang tempat pertama pertandingan memasak pada tahun ini dimenangi oleh kumpulan CZEE dari kelas 6 BETA, tempat kedua MASTERCHEF GIRLS dari kelas 6 ALFA dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan MORNING GLORY juga dari kelas 6 BETA. Hadiah berupa hamper makanan telah disampaikan kepada para pemenang oleh Tn. Hj. Mohd Nazli selaku penyelaras kecemerlangan UPSR 2016. 










Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta dari kumpulan yang bertanding pada tahun ini. 

Ketiga : Morning Glory

Kedua : Masterchef Girls

Pertama : Czee



1 comment:

Kbey Hamper Murah said...

Ingin dapatkan hamper makanan serendah RM15 keatas. Hubungi kami. Caj penghantaran adalah percuma.

 photo comment6copycopy.png