To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

KURSUS MICROSOFT OFFICE POWER POINT ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

Pada hari ini, seramai 48 orang murid tahun 6 dan 4 orang guru yang diketuai oleh Cikgu Sharil telah pergi ke Kolej Komuniti Segamat, Bandar IOI untuk belajar menggunakan perisian Microsoft Power Point, di bawah Aktiviti Selepas UPSR. Peserta bergerak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di perkarangan kolej pada pukul 8.20 pagi. Ketibaan kami disambut mesra oleh pensyarah dan pegawai kolej berkenaan. Sebelum masuk ke dalam makmal murid-murid diberi taklimat untuk mengingatkan mereka supaya menjaga adab dan tatasusila sepanjang kursus nanti.





Tenaga pengajar kursus pendek ini diketuai oleh Ust Muhammad, Pn. Junainah dan Pn. Faezanadia. Murid-murid sangat teruja apabila masuk ke dalam makmal komputer yang terdapat di sana. Komputer yang terdapat di sana lebih terkehadapan berbanding yang ada di sekolah. Murid dibahagi kepada dua kumpulan yang diletakkan dalam dua makmal. Murid-murid juga diberikan satu fail dan sebuah buku nota kecil sebagai tanda penghargaan pihak kolej.




Sesi pembelajaran berlangsung dengan aktif. Murid-murid tidak segan silu untuk menanyakan soalan jika mereka tidak faham dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diberikan. 

Kursus yang dijalankan pada hari ini adalah selama 2 jam sahaja. Di akhir pembelajaran, murid mengisi sedikit borang soal selidik dari kolej untuk kajian maklum balas. Rata-rata murid ingin kembali ke sana meneruskan pembelajaran yang seterusnya pulaInsya`Allah jika ada kelapangan pihak sekolah akan membawa sekali lagi murid-murid untuk tugasan yang lain pula. 




Pihak sekolah, mengucapakan ucapan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar Kolej Komuniti Segamat kerana menerima kunjungan SKFR dan berkongsi ilmu dalam dunia pengkomputeran ini bersama murid-murid tahun 6. 

No comments:

 photo comment6copycopy.png