To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

HARI SUKAN NEGARA 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 


Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF :


a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.
b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.
c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.
d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.


Oleh hal demikian,  demi menyahut seruan Unit Kokurikulum SK (FELDA) Redong telah merangka aturcara sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah. Aturcara Hari Sukan Negara adalah seperti maklumat di bawah;


ATUR CARA PROGRAM

7:00 pagi        : Pendaftaran
7:30 pagi        : Ucapan Perasmian/Taklimat
8:00 pagi        : Senamrobik
9:00 pagi        : Minum pagi
9:30 pagi        : Sukan Pilihan
                          Tahun 1       : Lambung Bola dalam Bakul
                          Tahun 2       : Kelecek Bola Hoki
                          Tahun 3       : Futsal & Bola Jaring
                          Tahun 4       : Dodge Ball
                          Tahun 5       : Memanah
11:00 pagi     : Penyampaian Hadiah
11:30 pagi     : Perasmian penutup
12:00 tgh       : Bersurai 

PEMBAHAGIAN PEGAWAI SUKAN

LAMBUNG BOLA DALAM BAKUL (TAHUN 1)
1.    PN. FAZLIYATI BINTI ISHAK
2.    PN. SAIDAH NAFISAH BINTI SADENI
3.    PB. HJH. ZAINON BINTI ARSHAD

KELECEK BOLA HOKI (TAHUN 2)
1.    USTZ. ZAINAB BINTI ABD JABAR
2.    EN. NORHANIZAN BIN MOHD NOH

FUTSAL & BOLA JARING (TAHUN 3)
1.    EN. ROSDI BIN TUGIMAN
2.    PN. RAHMAHWATI BINTI OSMAN

 DODGE BALL (TAHUN 4)
1.    EN. HAIRUL FAIZI BIN MOHAMED
2.    EN. HARITS BIN SUMGAP
3.    PN. ZAITON BINTI ALIMAN
4.    PN. MASDIANILAVATI BINTI JUMARI

MEMANAH (TAHUN 5)
1.    UST. HJ. FAUZI BIN ABDULLAH
2.    UST. MOHD GIMAN BIN IBRAHIM
3.    UST. AHMAD AMALUDDIN BIN JELANI
4.    TN. HJ. NAZLI BIN A BAKAR








"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

No comments:

 photo comment6copycopy.png