To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

PERTANDINGAN MEMASAK TAHUN 6 ; SPAGHETTI

Pertandingan memasak ini merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti selepas UPSR untuk murid tahun 6. Pada tahun ini, menu masakan berubah dari menu tempatan kepada makanan ala barat. Pemilihan menu Spaghetti pada tahun ini disambut baik dari kalangan murid dan guru. Lapan buah kumpulan telah memasuki pertandingan ini. Pertandingan dijalankan di koridor bangunan belakang bersebelahan dengan gelanggang bola tampar. Sebelum pertandingan bermula Cg. Sharil memberikan sedikit taklimat pengurusan dan pertandingan kepada semua kumpulan. Pertandingan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Rata-rata semua kumpulan dapat menyiapkan segala menu berdasarkan masa yang ditetapkan.















Setiap kumpulan bebas menggunakan bahan mengikut kreativiti masing-masing. Bahan-bahan mentah dan peralatan memasak dibawa sendiri oleh murid dari rumah. Tiga hadiah disediakan kepada pemenang pertandingan. Pemenang tempat pertama pertandingan memasak pada tahun ini dimenangi oleh kumpulan CZEE dari kelas 6 BETA, tempat kedua MASTERCHEF GIRLS dari kelas 6 ALFA dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan MORNING GLORY juga dari kelas 6 BETA. Hadiah berupa hamper makanan telah disampaikan kepada para pemenang oleh Tn. Hj. Mohd Nazli selaku penyelaras kecemerlangan UPSR 2016. 


KURSUS MICROSOFT OFFICE POWER POINT ANJURAN KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT

Pada hari ini, seramai 48 orang murid tahun 6 dan 4 orang guru yang diketuai oleh Cikgu Sharil telah pergi ke Kolej Komuniti Segamat, Bandar IOI untuk belajar menggunakan perisian Microsoft Power Point, di bawah Aktiviti Selepas UPSR. Peserta bergerak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan tiba di perkarangan kolej pada pukul 8.20 pagi. Ketibaan kami disambut mesra oleh pensyarah dan pegawai kolej berkenaan. Sebelum masuk ke dalam makmal murid-murid diberi taklimat untuk mengingatkan mereka supaya menjaga adab dan tatasusila sepanjang kursus nanti.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR TAHUN 6

HARI PERTAMA – 7 OKTOBER 2016

Seawal jam 4.00 pagi lagi, peserta lawatan telah tiba untuk mendaftarkan diri. Proses pendaftaran diadakan di balai bacaan yang telah dikelolakan oleh Ustz. Najmiah binti A Ghani. Murid-murid lengkap dengan berpakaian uniform sekolah seperti yang telah ditaklimatkan minggu lepas.

HARI SUKAN NEGARA 2016

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. 


Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.