To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

MAJLIS RESTU ILMU

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.


Minggu depan atau lebih tepat lagi 5 September iaitu pada hari Isnin bermulanya peperiksaan UPSR. Majlis Restu Ilmu telah diadakan pada waktu pagi selepas murid rehat. Lebih kurang pukul 10.30 pagi bertempat di dewan yang sama, bermulalah Majlis Restu Ilmu untuk calon UPSR 2016. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua murid yang terlibat memohon restu agar guru mendoakan kejayaan mereka. Majlis dimulakan pada hari ini dikelolakan oleh Ust. Ahmad Amaluddin bin Jelani selaku guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ust. Amran bin Ab Shukor Guru Besar SK (FELDA) Redong telah menyampaikan kata-kata nasihat dan perangsang untuk kesekian kalinya. Guru Besar juga turut membacakan warkah ayahnda Ketua Pengarah Pendidikan Johor. Semoga mereka dapat mengamati dan menghayati setiap kata yang disampaikan itu sebagai pedoman dalam menghadapi UPSR yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Ucapan diteruskan lagi dengan wakil guru-guru mata pelajaran. Antara guru yang sempat berucap ialah Cg. Saidah, Cg. Sharil, Cg. Zaiton, Cg. Noralazmi dan Cg. Badrol. Berbagai-bagai kata perangsang dan sokongan dititipkan kepada anak didik diutarakan oleh guru-guru. seterusnya guru-guru dan pihak sekolah berharap dan mendoakan semoga semua calon UPSR mendapat kejayaan yang cemerlang, Insya`Allah.

Diharapkan titipan akhir guru-guru dapat memudahkan murid-murid menjawab peperiksaan. En. Zuraidi Aziz dan Pn. Azian mewakili PIBG, mengambil kesempatan berucap sepatah dua kata mewakili ibu bapa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru di sekolah ini yang telah mendidik anak mereka. Muhammad Akmal bin Hirman mewakili calon-calon UPSR juga telah memberi ucapan, sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa mereka.



Majlis diakhiri dengan semua calon menemui setiap guru yang mengajar tahun 6 untuk memohon restu agar mereka memperoleh keberkatan daripada-Nya dan saling bermaaf-maafan. Semua calon beratur untuk bersalaman dan memohon restu daripada guru-guru. Semoga dengan restu yang diberikan oleh guru-guru, semua murid akan dapat menduduki peperiksaan pada 5 September ini dengan penuh yakin dan tenang, seterusnya memperoleh kejayaan yang cemerlang.





Selepas itu, murid-murid makan tengahari di balai bacaan sekolah. Sejurus selepas makan, satu aktiviti santai telah diadakan. Aktiviti santai minda ini, dicetuskan oleh Guru Besar sendiri. Murid-murid telah dimandikan beramai-ramai di astakan sekolah. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merehatakan minda calon serta mengembalikan kelusuan badan setelah penat menjalani Program Pecutan Akhir selama 9 hari.



Semoga apa yang telah dilakukan oleh pihak sekolah, mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Jalla wa ala. Insya`Allah







1 comment:

bad said...

Semoge kerjasama semua warga SKFR mendapat keberkatan Illahi...

 photo comment6copycopy.png