To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

BULAN MEI KEMBALI

Hari Pekerja, 1 Mei ramai yang sedang bercuti terutamanya bagi negeri-negeri yang bekerja Isnin hingga Jumaat dapat bercuti 3 hari bersambung. Admin mendoakan kepada semua pekerja sama ada kakitangan awam dan swasta diseluruh negara sihat sejahtera bercuti di samping keluarga tercinta. Dalam diam, kita telah masuk dalam bulan Mei bersamaan 4 Syaaban. Berlalunya Rejab dan masuk Syaaban menandakan kita akan berjumpa bulan Ramadan tidak lama lagi. 

        Dalam bulan Mei, tidak lupa juga adanya Hari Guru. Hari Guru merupakan majlis wajib yang diadakan di SKFR. Untuk tahun ini tema hari guru seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malasyia masih mengekalkan tema yang lama iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa". 

          Kepada jawatankuasa KEBIRU SKFR mungkin telah juga menetapkan tema sambutan hari guru untuk tahun ini. Admin mengharapkan agar pemilihan tema tersebut tidaklah berlebih-lebihan, menjaga imej guru dan tidak membazir wang dari segi penyediaan tema tersebut. Bersederhana itu lebih dekat dengan tuntutan agama.

         Apa yang diharapkan ialah guru-guru seluruh negara secara amnya, guru SKFR secara khususnya dapat meningkatkan prestasi kerja sesuai dengan dunia pendidikan yang semakin mencabar. Untuk itu admin kongsikan di sini gambar warga SKFR terbaru yang diambil pada penghujung bulan April yang lalu.




Layari FrogVle untuk menulis ucapan dan membuat undian guru-guru SKFR. 
Selamat mencuba.. !


https://jba7035.1bestarinet.net/20136ffb076380ce5d9f84305a4c5494 





JOM MEMBACA

Aktiviti    : Jom Membaca 10 minit 
Tarikh      : 25 April 2017
Masa        : 11:00-11:10 pagi
Sasaran    : Warga SKFR
Perasmi   : Ust. Amran bin Ab Shukor (Guru Besar)






KUIZ SAINS & MATEMATIK

Pertandingan Kuiz antara Unit Beruniform

Hari     : Rabu (19 April 2017) 
Masa    : 12:10-1:10 tengah hari
Peserta : Wakil tahun 4, 5 & 6 setiap unit

Tunas Kadet Remaja Sekolah & Tunas Puteri

Pengakap & Puteri Islam

Pengacara majlis & Juri 


Keputusan Pertandingan :

Tempat Pertama : Puteri Islam
Tempat Kedua : Pengakap
Tempat Ketiga : Tunas Puteri
Tempat Keempat : Tunas Kadet Remaja Sekolah


BATERI UJIAN SEGAK


Pelaksanaan Ujian SEGAK

1. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun WAJIB menjalani Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam panduan ini.

2. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut jantina, keupayaan murid, dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.

3. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa untuk rujukan norma.

4. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan pada HARI YANG SAMA. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan peralatan.

5. Murid digalakkan membuat latihan ujian SEGAK secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga mereka.

6. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:
  • 6.1 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI);
  • 6.2 Naik Turun Bangku 3 minit;
  • 6.3 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi Ubah Suai untuk murid perempuan;
  • 6.4 Ringkuk Tubi Separa; dan
  • 6.5 Jangkauan Melunjur.

7. Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) perlu dibuat SEBELUM melakukan ujian-ujian lain.

8. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut TURUTAN SECARA BERTERUSAN oleh murid yang sama seperti turutan dalam Ilustrasi 1.

9. SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.

10. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.

11. Bagi murid berkeperluan khas TIDAK perlu menjalani ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk murid-murid normal.





















Kunjungan Milo


Hari : Isnin
Masa : 11:45-12:15 tgh
Bilangan : 301 murid


Kali ini lori Milo berwajah baharu.



Terima kasih Syarikat MILO yang sudi datang, setiap tahun ke SKFR. Tahun depan jumpa lagi.

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi

PELANCARAN BULAN SAINS & MATEMATIK

Pelancaran Bulan Sains & Matematik telah diadakan pada perhimpunan pagi pada Ahad, 16 April 2017. Bulan Sains & Matematik akan bermula pada tarikh di atas dan berakhir pada 25 Mei 2017. Pelbagai aktiviti dirancang untuk merangsang minda murid-murid SKFR ke aras Sains & Matematik. Semoga aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu murid meminati mata pelajaran Sains & Matematik, sekaligus meningkatkan pencapaian dalam pentaksiran bilik darjah.






JK SPSK Tahun 2017


Penyerahan Surat Lantikan PK kepada semua guru bagi SPSK Versi 2017