To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada pengunjung blog skfr. Sekali lagi pada tahun ini Sekolah Kebangsaan FELDA Redong bersama Sekolah Kebangsaan Segamat Kecil bergabung menjayakan kursus kepimpinan pengawas. Kolaborasi antara dua buah sekolah ini merupakan kali ke-3, yang telah bermula sejak tahun 2015. Kursus kepimpinan pada tahun ini diadakan semula di SKFR. 




Seramai 58 orang peserta dari SKFR dan 22 orang peserta dari SKSK menyertai kursus pada kali ini. Seawal jam 7:00 pagi lagi peserta sudah mula mendaftarkan diri di balai bacaan yang sediakan Cg. Saidah dan Ustzh Nur Atieqah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Ahmad Amaluddin. Ucapan alu-aluan dan selamat datang kepada semua peserta pula disampaikan oleh Cg. Siti Norlaila selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKFR. 


Untuk slot 1, pihak jawatankuasa kursus telah menjemput Ust. Wan Ismail bin Wan Dagang dari SMK Bandar Putra untuk menyampaikan ceramah untuk slot tersebut. Diikuti selepas itu, para peserta didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab pengawas yang disampaikan oleh Cg. Mohd Harits dan Cg. Saidah Nafisah.





Ust. Mohd Giman meneruska slot dengan tatacara bacaan doa perhimpunan. Para pengawas telah diuji bacaan mereka seorang demi seorang. Hal ini, amatalah penting kepada pengawas agar dapat memantapkan sebutan dalam bacaan doa mereka.






Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti dinamaka kumpulan dan penghasilan moto kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kertas majung dan pen marker. Murid-murid berbincang untuk melukis moto kumpulan dan laungan yang mewakili kumpulan masing-masingMurid-murid dibahagikan kumpulan mengikut warna belon. Aktiviti ini diketuai oleh Cg. Suariani dari SKSK. Kira-kira pada jam 12.45 tgh peserta makan tengahari di kantin dan bersiap sedia untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah di surau.




Tepat jam 2:00 petang, murid-murid membuat persembahan moto bagi setiap kumpulan mereka. Setiap kumpulan menjadi juri kepada kumpulan lain yang membuat pembentangan hasil kerja mereka.






Aktiviti LDK diteruskan lagi dengan Apungan Belon. Setiap kumpulan perlu meniup sebiji belon bagi setiap kumpulan. Belon yang telah ditiup diapungkan ke udara. Ahli kumpulan perlu memastikan belon sentiasa terapung di awan tanpa jatuh. Bilangan belon akan bertambah dan masa ke masa mengikut arahan fasilitator. Belon yang terjatuh dan tidak diselamatkan akan diambil oleh fasilitator. Kumpulan yang masih mempunyai belon yang paling banyak dipilih sebagai pemenang.



LDK yang terakhir ialah ulat belon. Setiap kumpulan pelu meniup ke semua belon yang diberikan. Kemudian, ahli kumpulan beratur dalam satu barisan lurus dengan belon terselit di antara ahli kumpulan. Mereka perlu bergerak dalam kumpulan tanpa memegang belon hingga tiba ke garisan penamat. Secara keseluruhannya, para peserta memberikan komitmen yang baik dan seronok melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Akhirnya, majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh SM Mohd Sabil bin Abdul Ketua Balai Polis Tenang. Beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan menganjur kursus seperti ini. Beliau juga telah menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada setiap kumpulan yang memenangi pertandingan semasa kursus.






Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kursus pada tahun ini. 


Gambar sebelum kursus : Taklimat Pelarasan Kursus pada 16 Januari 2016


















No comments:

 photo comment6copycopy.png