To view this notification widget you need to have JavaScript enabled. This notification widget was easily created with NotifySnack.
Guru Bertugas Minggu 05/2019 EN NORHANIZAN BIN MOHD NOH, PN FAZLIYATI BINTI ISHAK & PN NOR AZIZAN BINTI HJ AWI

GOTONG-ROYONG PIBG

Alhamdulillah, pada Ahad 18 September yang lalu aktiviti gotong-royong telah dijalankan oleh AJK PIBG SK (FELDA) Redong bersama-sama guru serta anggota RELA FELDA Redong. Pada gotong-royong kali ini, pihak sekolah memutuskan untuk menebang 3 batang pokok yang berada di pintu pagar hadapan sekolah. Penebangan pokok tersebut adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembinaan landskap yang baharu. Di samping itu juga, pokok besar yang berada di situ juga dahannya yang reput selalu jatuh menyembah bumi. Hal demikian, mungkin boleh mendatangkan kecederaan kepada murid-murid bak kata pepatah "malang tidak berbau".

Aktiviti menebang pokok tersebut, turut dibantu oleh kakitangan Tenaga Nasional Berhad yang berperanan menjaga keselamatan arus pendawaian kabel elektrik yang berdekatan dengan dahan pokok tersebut. Pihak TNB telah memutuskan bekalan elektrik di kawasan tersebut untuk kerja-kerja penebangan dahan.    



Aktiviti gotong-royong berhenti rehat pada pukul 2.00 petang dan disambung semula selepas waktu Asar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan aktiviti pada hari ini.

MAJLIS RESTU ILMU

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya.